Pages

TIPS


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN

  1.  Setiap pilihan warna untuk pakaian mestilah tidak melebihi tiga warna yang berlainan. Ianya termasuk satu warna wajib yang terdiri daripada warna semulajadi, iaitu warna kategori selamat (warna natural) seperti warna putih, krim, hitam, kelabu, navy dan coklat.
  2. Kombinasi warna kebanyakan terdiri daripada warna hangat / panas dan mesti dipadankan dengan warna dingin / sejuk (boleh rujuk dekat carta roda warna di bawah untuk mengetahui apa yang dikatakan dengan warna hangat / panas dan warna dingin / sejuk). Contoh : warna merah violet untuk tudung, warna biru violet untuk baju dan warna hitam untuk seluar.
  3. Sekiranya memilih pelbagai campuran warna pada satu-satu pakaian (macam warna paddle pop) samada pada tudung, baju atau seluar. Dua kombinasi warna yang lain pula adalah dalam warna plain yang bersesuaian iaitu terdiri daripada warna hangat atau warna dingin. Contoh : warna paddle pop untuk tudung, warna plain untuk baju dan warna plain untuk seluar.
  4.  Manakala untuk pakaian (baju, dress, skirt labuh, seluar dan tudung) yang mempunyai corak seperti bunga (atau cetakan corak yang berulang macam bentuk love, bintang atau daun), garisan lurus, kotak-kotak atau polkadot. Tetapkan panduan begini di mana:-

  •  corak bunga (atau cetakan corak yang berulang macam bentuk love, bintang atau daun) boleh dipadankan dengan corak garisan lurus serta tambahan satu warna dasar / plain samada daripada warna hangat atau warna dingin bergantung dengan warna yang ada pada corak bunga tadi. Contohnya : corak bunga untuk tudung, warna plain untuk baju dan corak garisan lurus untuk seluar.
  • corak polkadot juga boleh dipadankan dengan corak garisan lurus dan tambahan satu warna dasar / plain yang bersesuaian samada daripada warna hangat atau warna dingin. Contohnya : corak garisan untuk tudung, warna plain untuk baju dan corak polkadot untuk seluar.
  • corak kotak-kotak pula boleh juga dipadankan dengan satu warna campuran paddle pop dan satu tambahan warna dasar / plain yang bersesuaian samada daripada warna hangat atau warna dingin. Contoh : warna paddle pop untuk tudung, corak kotak-kotak untuk baju dan warna plain untuk seluar.





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjY7JV_QIwNumNtEGkYpDshV3zjrlIb44XSEtkhdGKXUEgXq4e2qMsi1_n9tvCW5kAGGCiOjGwmC45FnnVyL5Rp9wTHwEGiXI0DcFxEjSq3sfvCFLvRFt-RJx7ro5-tUC1aa9piUI1mvyw/s1600/tips+pemilihan+warna.jpg



BAGAIMANA MEMBUAT PEMILIHAN WARNA PAKAIAN BERDASARKAN CARTA RODA WARNA?

WARNA UTAMA / PRIMER (PRIMARY COLOUR)

Merah, biru, dan kuning dikenali sebagai warna utama / primer. Semua warna lain datangnya dari gabungan ketiga-tiga jenis warna utama ini. Untuk mendapatkan satu imej tersendiri dalam menetapkan hanya satu warna utama untuk keseluruhan pakaian dan aksesori ianya dipanggil sebagai monochrome look. Di mana apabila ianya dilaksanakan dengan betul, warna ini akan menjadikan si pemakai kelihatan moden dan bergaya. Bagi pemakai yang berani untuk bergaya daring, campuran ketiga-tiga warna utama dalam keseluruhan pakaian dan aksesori menampilkan gaya mod look untuk beliau.

WARNA SEKUNDER / PELENGKAP (COMPLIMENTARY COLOUR)

Warna pelengkap ialah warna yang bertentangan selari antara satu sama lain di dalam carta roda warna di atas. Contohnya seperti warna kuning dan violet, warna orange dan biru dan merah violet dan kuning hijau. Ianya mencipta warna kontras yang jelas kepada si pemakai. Kebiasaanya gabungan warna pelengkap ini dipakai oleh personaliti TV dan juga artis sebagai daya tarikan.


WARNA TRIAD (TRIAD COLOUR)

Warna triad ialah gabungan dua warna tertiari (tertiary) yang terletak di antara warna primer / utama dengan warna sekunder / pelengkap. Walaubagaimanapun merujuk kepada carta roda warna di atas, gabungan dua warna tertiari ini hendaklah digabungkan dengan warna yang mempunyai jarak 4 langkah warna berikutnya. Contohnya seperti warna kuning hijau dengan warna biru violet, warna biru violet dengan warna merah orange, warna kuning orange dengan warna biru hijau dan warna merah violet dengan kuning orange. Skema warna triad ini merupakan skema warna yang seimbang dan berpadanan dengan kebanyakan jenis pakaian.


WARNA ANALOGI (ANALOGOUS COLOUR)

Warna analogi ialah gabungan dua warna tetiari (tertiary) yang terletak di kiri dan kanan warna sekunder / pelengkap. Contohnya seperti kuning hijau dengan biru hijau, biru violet dengan merah violet dan seterusnya. Warna ini mencipta satu warna yang harmoni daripada kedua-dua warna tersebut. Dan ianya bersesuaian untuk acara rasmi dan juga ke pejabat.





TIPS PEMILIHAN WARNA PAKAIAN MENGIKUT WARNA KULIT

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

sumber : galaxstar.com





No comments: